Letakkan Link Blog anda di sini & Jangan lupa follow.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Selasa, Disember 07, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

1 Muharam 1432H

Sambutan Maal Hijrah 1432H, semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Amin.



Isnin, November 29, 2010

Tugasan Masa Cuti

Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Untuk mereka yang turut serta Mari Membina Blog,

Mesti ada :

1. Catatan Pertama.
2. Perayaan yang anda sertai. (contoh : Aidil Fitri, Aidil Adha)
3. Aktiviti semasa cuti.
4. Catatan kreatif anda.
5. Catatan dari sumber lain. Pastikan ada link ke sumber yang dimaksudkan.
6. Teruskan membuat catatan. Pastikan ianya tidak melanggar undang-undang.

Selamat memblog.

Selasa, November 09, 2010

Suai Kenal Blogger .. Anda Berminat ?


Blog 'Jom Blogging' cuba melahirkan seberapa ramai Blogger Muda SMKBT2 dengan tunjuk ajar dan Cara-Cara Membina Blog. Sesiapa yang sudah atau mempunyai blog, sila klik 'SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?'

Rabu, November 03, 2010

Timbang Berat Blog

Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2,

Tadi saya masuk blog 'Ceritera Si Gadis Merah'. Saya terjumpa catatan 'Timbang Berat Blog'. Info ini amat berguna. Sesiapa hendak timbang blog masing-masing. Klik di SINI.


Banyak info lagi yang boleh anda perolehi jika masuk ke blog tersebut.

Selamat mencuba.

Isnin, November 01, 2010

Catatan Pertama

Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Bagi yang hendak Membina Blog sudah boleh mula menulis catatan.

Anda hanya perlu klik 'Sign In' dihujung atas sebelah kanan.


Tetingkap baru akan muncul. Taip E-mail serta Password anda dan klik 'Sign In'.


Tetingkap 'Papan Pemuka' akan muncul. Klik 'Catatan Baru'.


Tetingkap 'Catatan' akan muncul. Taip berkenaan diri anda. Pastikan ada 'pautan' ke blog 'Jom Blogging' serta sudah menjadi 'Pengikut' [Follower].


Tengok blog anda.


Pastikan ada 'pautan' serta 'pautan' tersebut akan pergi ke 'Jom Blogging'.

Selamat memblog.


Khamis, Oktober 28, 2010

Tutorial : Tanda Tangan


Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Saya fikir setiap catatan mesti ada tanda tangan. Oleh itu mana-mana catatan saya, saya telah tambah tanda tangan saya. Mana-mana catatan yang dicopy, kredit di beri kepada penulis asal.

Tanda tangan yang dimaksudkan ialah 'Tanda Tangan Digital' bukan tanda tangan kita yang asal. Jika anda hendak mempelajarinya, anda boleh pelajari di SINI. Saya telah mencubanya dan berjaya. Apabila tanda tangan anda sudah di generate, copy dan simpan html kod dia di mana-mana sesuai. Anda memerlukannya untuk catatan yang lain pula.

Untuk catatan akan datang anda boleh paste secara kekal dekat Tetapan > Memformat > Templat Catatan. Untuk catatan lama anda kena > Edit Catatan, dan paste satu demi satu.

Selamat mencuba.


Rabu, Oktober 27, 2010

Tutorial : Letak icon sebelah tajuk entry


Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Saya sudah menjumpai 'Tutorial : Letak icon sebelah tajuk entry'. Saya telah mencubanya dan telah berjaya. Lihat ikon yang telah saya masukkan. Kalau sesiapa yang ingin mencuba sila klik pada link yang disediakan.

Selamat berjaya.


Menjana Duit 2


Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Mengembara di serata blog hobiku. Akhirnya terjumpa catatan 'Kenapa Income Nuffnang saya sikit?'. Kepada yang hendak iklankannya atau yang sedang menggunakannya dengan Syarikat Nuffnang sila baca catatan tersebut supaya anda mendapat tip daripadanya.

Selamat membaca.

Selasa, Oktober 26, 2010

Tutorial


Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Semasa mengembara di alam maya, saya terjumpa blog 'Tutorial Untuk Blog'. Saya kira dengan membaca dan mempratikkannya anda dapat menghasilkan blog yang cantik. Saya mengalu-alukan agar anda pelajari di blog ini.




 
 

Sesiapa juga boleh mempelajari di blog ini, malah lepasan sekolah yang sedang mempelajari membuat blog yang cantik juga dialu-alukan.

Selamat memblog.

Membina Blog 2

Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Semasa saya cuba buat blog sebagai contoh, saya dapati ada kelainan daripada pihak Google. Mungkin ini sebagai langkah keselamatan. Tidak seperti blog yang pernah saya buat sebelum ini, saya terus membuat blog tanpa masukkan nombor keselamatan. Mungkin anda juga akan menjumpainya bila buat blog nanti.

Anda sudah boleh membuat blog. Apa yang perlu anda hanya perlu klik 'Create Blog'.


Tetingkap 'Buat Akaun Google' akan muncul. Anda hanya perlu klik 'rakam masuk terlebih dahulu'.


Tetingkap 'Google Akaun' akan muncul. Masukkan E-mel dan kata laluan anda. Klik 'Daftar Masuk'.


Tetingkap 'Verify your identity'. Tetingkap ini yang saya katakan tadi. Tetingkap untuk keselamatan. Anda perlukan handset untuk menerima SMS nanti. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik 'Send verification code to my mobile phone'.


Tetingkap 'Masukkan kod anda' akan muncul. Tengok handset anda, SMS sepatutnya telah diterima. Masukkan nombor tersebut dan klik 'Sahkan'.


Apabila telah disahkan, tetingkap 'Nama blog anda' akan muncul. Mula-mula taip Alamat Blog dan 'Periksa Ketersediaan'.


Apabila 'Alamat blog ini tersedia' lengkapkan butir-butir yang dikehendaki. Tulis alamat tersebut supaya anda tidak lupa. Klik 'Seterusnya'.




Tetingkap 'Pilih templat pemula' akan muncul. Pilih templat yang anda berkenan.


Tetingkap 'Blog anda telah dibuat!'. Klik 'MULAKAN PEMBLOGAN'.


Tetingkap baru akan muncul. Jangan buat apa-apa. Tunggu arahan selanjutnya untuk 'Catatan Pertama' anda.


Taip url alamat blog anda untuk melihat hasilnya.


Masukkan widget supaya blog anda kelihatan cantik dan memenuhi citarasa anda.

Selamat mencuba.

Isnin, Oktober 25, 2010

Senarai Semak

Sebelum memulakan Membina Blog anda dikehendaki menyediakan senarai semak anda sendiri bagi memastikan anda mencapai keinginan anda. Antara perkara yang perlu anda fikirkan adalah :

1. Adakah template blog anda sesuai dengan tema blog anda ?

2. Keyword atau kata kunci. Sudahkah anda memilih kata kunci yang sesuai dengan tema blog anda. Kata kunci ini akan digunakan untuk mengoptimasi blog anda.

3. Gadget - apakah gadget yang ingin anda letakkan di sidebar blog anda? Pemain MP3, video, iklan, jam, kalendar, album, hit counter atau apa sahaja gadget yang sesuai dengan tema blog anda.

4. Pelawat - bagaimanakah untuk menarik pelawat ke blog anda. Apakah promosi yang anda ingin buat.

5. Cara menulis post yang menarik . Anda boleh merayau keseluruh dunia untuk melihat contoh penulisan post terbaik.

Setakat ini sahaja. Jumpa lagi.

[Kredit kepada penulis catatan asal]

Ahad, Oktober 24, 2010

Jana Duit

Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Jana Duit Dengan Blog Anda. Dengan blog, anda juga dapat menjana duit. Maksudnya anda juga memperolehi wang. Bagaimana? Anda mesti memilih syarikat pengiklanan yang sedia ada. Daftar dengan mereka serta copy dan paste html kod ke blog anda. Sila ikuti arahan daripada laman syarikat tersebut.

Perlu diingat, untuk menjana wang dengan cepat anda perlu mempunyai pengunjung yang ramai ke blog anda dan mempunyai Followers [Pengikut] yang ramai.

Saya ambil contoh blog kepunyaan Hanis Zalikha. Beliau mempunyai 11637 Followers. [sehingga 24 Oktober 2010]

Bagaimana hendak mempunyai Followers yang ramai. Itu semua terletak di atas kretiviti anda. Blog yang menarik dan cantik serta sentiasa mempunyai info semasa, boleh menarik pengunjung sentiasa berkunjung ke blog anda.

InsyaAllah.








Selamat menjana duit.


Widget for Blog

Salam Warga SMK Bandar Tenggara 2.

Widget.

Apa dia widget. Widget biasanya dipasang ke dalam blog supaya blog kita cantik. Kalau tidak dipasangpun tidak mengapa. Templete yang tersedia memang sudah sedia cantik, tinggal kita memilihnya.

Macam blog ini dipasang 'ShinyStat' supaya kita mengetahui berapa orang sedang online dan jumlah orang yang telah melawatnya.


Blog ini juga dipasang Feedjit supaya mengetahui pelawat dari mana.


Flag Counter pula dipasang untuk mengetahui pelawat dari negara mana.


Lain-lain widget sebagai contoh.


Apa yang penting, anda perlu lawati blog orang lain dan perhatikan widget yang mereka pasang. Sekiranya berkenan, klik saja widget perkenaan. Biasanya anda akan pergi ke laman widget tersebut diperolehi. Ikuti arahan dalam laman berkenaan.


Selamat mencuba.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign