Letakkan Link Blog anda di sini & Jangan lupa follow.

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign

Ahad, Oktober 17, 2010

Membina Blog

Salam sejahtera.

Dalam post ini, saya akan tunjukkan cara membina blog menggunakan platform blogspot. Taip perkataan blogger.com dan search. Inilah page yang terpapar.

1. Isikan username dengan nama gmail anda dan password dengan password gmail anda. Klik sign in.



Inilah paparan yang keluar. Anda akan dapati Email address & Your Name adalah sama dengan nama yang anda buat semasa mendaftar gmail. ini membuktikan mereka bersaudara.

2. Isi Display Name anda. Nama inilah yang akan terpapar pada blog anda nanti. Sila tick pada Acceptance of Terms. Klik Continue.



3. Isikan Blog Address (URL) menggunakan nama anda. Kemudian klik Check Availability. Jika keluar ayat tulisan merah bermakna url itu sudah digunakan. Ubahsuai url tersebut.

Contohnya :
http://intanfatihah.blogspot.com atau
http://intanfatihahlife.blogspot.com atau
http://intanfatihahstory.blogspot.com atau
http://intanfatihahdiary.blogspot.com atau
http://diariintanfatihah.blogspot.com atau
http://intanfatihah2010.blogspot.com
Sekiranya keluar ayat berwarna hijau, bermakna url tersebut boleh digunakan.

4. Isikan Blog Title sebaik-baiknya sama dengan url anda. Ia akan menjadi tajuk blog anda. Klik Continue.



5. Pilih template yang anda suka dengan klik pada gambar tersebut. Template inilah yang akan menjadi penilaian untuk kategori Blog Tercantik. Anda boleh menukar template ini dengan template lain. Tutorialnya akan dibuat kemudian. Klik Continue.



Blog anda sudah siap. Klik Start Blogging.


Anda sudah boleh menulis post di blog anda. Jangan lakukan sekarang. Tunggu arahan dari saya untuk tugasan seterusnya.



Sila klik Follow [Pengikut] di sidebar untuk mendapat maklumat terkini dari blog ini menggunakan akaun gmail anda.

[Kredit kepada penulis catatan asal]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sign by Danasoft - Get Your Free Sign